Thursday 8 July 2010

AL-FATHIHAH




Assalammualaikum...N3 kali ni just nak share dgn kawan2 sumer, hari ini genap setahun azie kehilangan abah tersayang (Allahyarham Hj Thani Bin Ahad)..kejap je rasanya..masih terbayang2 lagi saat2 akhir berada disisi abah...arwah meninggal selepas 10hari menjalani "by pass" di salah sebuah hospital di Melaka.. selama 10hari itulah kami sekeluarga berkampung dihospital tersebut dan bergilir2 menjenguk arwah yang pada waktu itu berada di ICU dan bergantung kepada mesin bantuan alat pernafasan..walaupun ada rasa terkilan dengan cara rawatan & kecuaian yg dilakukan oleh pihak hospital tersebut tapi kami redha dengan ketentuan Allah SWT..akhir sekali marilah kita sama2 sedekahkan doa AlFathihah semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat & ditempatkan bersama dengan org2 yg beriman & beramal soleh...AMINNNNN

No comments:

Post a Comment